
Salahudin Ayubi (PENAKLUK JERUSALEM)
 |
Maaf photo blur.. |
Sebenarnya lama sudah saya cari buku ini. Alhamdulillah kebetulan anak kawan ayah ada buku ini dan menawarkan untuk meminjamnya. Apa yang ditunggu lagi, saya pun pinjam dengan rela hati ^_^
Belum habis baca lagi tapi kata orang dan saya juga buku ini sangat best. Sesuai dibaca oleh remaja macam saya ni..^_^ Rugi kalau tak baca. Siapa yang berminat nak membaca buku ini silalah baca ya. InsyaAllah diberkati Allah.
Sinopsis Salahudin Ayubi
"Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka." Ibnu Shaddad, ahli sejarah islam.
Inilah kisah Salahudin Ayubi, panglima Islam yang berjaya menawan kembali Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Kisah yang penuh debaran dan menyuntik semangat perjuangan.