Monday, 30 January 2012

cara Rasulullah makan



ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH


Ka'ab bin Malik meriwayatkan: "Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga-tiga jari Baginda. Usai makan, Baginda menjilat ketiga-tiga jarinya". 

(Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)







Saturday, 28 January 2012

Salahudin Ayubi




Salahudin Ayubi (PENAKLUK JERUSALEM)


Maaf photo blur..

Sebenarnya lama sudah saya cari buku ini. Alhamdulillah kebetulan anak kawan ayah ada buku ini dan menawarkan untuk meminjamnya. Apa yang ditunggu lagi, saya pun pinjam dengan rela hati ^_^
Belum habis baca lagi tapi kata orang dan saya juga buku ini sangat best. Sesuai dibaca oleh remaja macam saya ni..^_^ Rugi kalau tak baca. Siapa yang berminat nak membaca buku ini silalah baca ya. InsyaAllah diberkati Allah.

Sinopsis Salahudin Ayubi

"Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka." Ibnu Shaddad, ahli sejarah islam.

Inilah kisah Salahudin Ayubi, panglima Islam yang berjaya menawan kembali Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Kisah yang penuh debaran dan menyuntik semangat perjuangan.







Thursday, 26 January 2012

IFTITAH






Saya menulis blog ini hanya untuk berkongsi ilmu dengan umat manusia di atas bumi yang telah diciptaNYA.Bukan kerana mahu populariti. Dengan izin Allah jua saya dapat membuat blog ini.
Dan Rakizah Tahirah hanya merupakan satu nama pena saya.


Alhamdulillah.