Saturday, 4 February 2012

harta part 2




MISKIN HARTA, KAYA ILMU 

Ahli suffah merupakan golongan yang tidak mempunyai harta pada zaman Nabi SAW. Mereka hanya menumpang berteduh di Masjid Nabawi. Walaupun tidak mempunyai harta hatta tempat tinggal sekalipin, ahli suffah ini kaya dengan ilmunya. Disebabkan mereka tinggal di Masjid Nabawi, mereka selalu mendengar ceramah dan tazkirah daripada Nabi SAW. Maka tidak hairanlah, ahli suffah ini merupakan golongan yang ramai meriwayatkan hadis kerana apa yang Rasulullah SAW sabdakan iyu akan sampai kepada mereka dahulu.

Sebenarnya, ahli suffah yang miskin harta merupakan antara golongan yang paling banyak menyumbang dalam mengembang  dakwah islamiah. Biarpun tidak mempuyai pekerjaan, namun kerja menyampaikan ajaran Islam ini lebih bermakna. Mereka  akan menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada kuliah bersama Rasulullah SAW kepada golongan yang tidak sempat menghadirinya dan juga mereka yang baru memeluk agama Islam.

Benar, mereka menyediakan diri semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya dan sibuk mmencari dan menyampaikan ajaran Islam. Oleh sebab itu, mereka tidak sempat untuk mencari rezeki dan harta kekayaan. Biarpun tidak dapat menggapai kekayaan harta benda, namun kekayaan ilmu mereka tidak dapat disangkal lagi.

SIAPAKAH MERREKA?

  •  Abu Abdillah Amir bin al-Jarrah
  • Abu al-Yaqazan Amar bin Yasir
  • Abdullah bin Mas`ud al-Huzali
  • Al-Miqdad bin Amru bin Tha`labah

post ini dipetik dari majalah solusi untuk perkongsian  kepada yang tidak membeli buku ini edisi 37.





  

Wednesday, 1 February 2012

harta part 1








Harta jika diletakkan sebagai alat, ia akan menyelamat. Tetapi jika ia menjadi matlamat, ia akan membawa mudarat.